Unta Esport Juara Saringan MLBB Siri 3 2025
10 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniSaringan MLBB Siri 3 2025 yang berlangsung pada 9 Ogos di NADI Pekan Kubu Gajah telah menyaksikan aksi sengit daripada 5 pasukan hebat iaitu Unta Esport,Gara Empire,6 Family,Topi Comel dan SKSD yang bersaing merebut tempat ke Pertandingan MLBB Peringkat Negeri Perak.
Akhirnya, Unta Esport muncul juara selepas menewaskan lawan-lawan dengan strategi mantap dan permainan luar biasa. Dengan kemenangan ini, mereka akan membawa nama NADI Pekan Kubu Gajah ke pentas negeri tidak lama lagi.
Syabas & Selamat Maju Jaya kepada Unta Esport! Teruskan berjuang dan buktikan kehebatan di peringkat negeri! 🔥
#MLBB #E-Sports #NADIPekanKubuGajah #UntaEsport #Perak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: